Jumaat, 29 November 2013

Doa ketika melihat wajah di cermin

Setiap orang tentu mahu kelihatan cantik dan kemas.  Sikap ini amat baik  kerana ketrampilan yang kemas dan cantik akan memberikan  kebaikan dan keyakinan diri dalam pergaulan bersama keluarga dan juga rakan-rakan.  Allah juga amat suka kepada orang yang bersih dan sentiasa menjaga kebersihan dan ketrampilan yang cantik.  Oleh itu, selepas mandi dan selesai memakai pakaian, sudah tentu adik-adik hendak menyikat rambut.  Ketika hendak melihat cermin, jangan lupa untuk baca doa ini.

Tahukah adik-adik, doa tersebut merupakan tanda syukur kita kepada Allah kerana telah mengurniakan kepada kita wajah yang cantik dan cukup sifatnya.  Sehubungan itu, bukan sahaja adik-adik mempunyai raut wajah yang cantik tetapi sebaiknya mempunyai akhlak yang terpuji.


Doa ketika melihat cermin



Doa Masuk Tandas dan Keluar Tandas

Sebelum masuk tandas, adik-adik hendaklah membaca doa ini. Hendaklah dimulakan dengan doa dan melangkah kaki kiri untuk masuk ke bilik air.  Tujuan membaca doa ini, bagi mengelakkan gangguan syaitan di dalam bilik air.





Setelah keluar dari tandas, adik-adik hendaklah membaca doa keluar tandas.  Adik-adik hendaklah melangkah ke luar dari tandas  dimulai dengan kaki kanan dahulu. Tujuan membaca doa ini, adalah bersyukur kerana adik-adik telah dapat membuang air kecil ataupun besar dengan selamat tanpa sebarang masalah.











Rabu, 27 November 2013

Doa Untuk Ibu Bapa

Sebagai anak yang soleh, jangan lupa setiap kali selepas solat hendaklah mendoakan kepada kedua ibu bapa kita supaya mereka diampunkan Allah segala dosa dan juga dilimpahi rahmat dan nikmat serta diberi  taufiq dan hidayah samada kedua ibu bapa kita  masih hidup ataupun  telah meninggal dunia.

Setiap amalan kita yang baik kita lakukan, mereka juga akan mendapat ganjaran dari Allah jua..Tanpa mereka, kita tidak ada di dunia ini.



Selasa, 26 November 2013

Doa Penerang Hati

Untuk adik-adik yang sedang belajar, elok amalkan doa ini agar mudah faham dan sentiasa ingat apa yang telah diajar oleh guru.



Dan doa di bawah ini juga sering digunakan sebagai doa penerang hati.


Isnin, 25 November 2013

Doa Sebelum Tidur dan Bangun dari Tidur

Sebelum tidur hendaklah kita baca doa tidur..






Seelok-eloknya baca surah fatihah, surah tiga kul, dan akhir sekali mengucap dua kalimah syahadah.

Apabila bangun dari tidur pula, hendaklah baca doa juga kerana kita bersyukur Allah memberi peluang kita hidup lagi.







Ahad, 24 November 2013

Doa Sebelum dan Selepas Makan


Dulu ibu bapa kita sering mengatakan kepada anak-anaknya, jika tidak baca bismillah sebelum makan, syaitan akan makan bersama-sama dengan kita.  Kita dahulu hanya baca bismillah sahaja sebagai doa sebelum makan.  Sekarang ini anak-anak kita telah didedahkan dengan doa yang lengkap iaitu doa sebelum makan awal-awal lagi.




Apabila sudah makan, kita juga perlu bersyukur kerana Allah telah memberi kita nikmat untuk merasai keenakan makanan kerana ada juga orang yang tidak sihat, tidakdapat menikmati keenakan makanan walaupun ada di depan mata.



Jumaat, 22 November 2013

Zikir Harian

22 November 2012

Hari ini nak war-warkan zikir harian yang patut diamalkan setiap hari oleh setiap orang Islam.  Bagi yang bekerja sambil bekerja sambil berzikir, bagi suri rumah sambil memasak,melipat kain, mengemas rumah  bolehlah berzikir.  Sekurang-kurangnya dengan amalam zikir harian ini hati kita akan rasa tenang.  Waulahualam....

Zikir Harian